Tuesday, June 17, 2008

MAHUKAN LIRIK LAGU?

Jika biskita memerlukan khidmat dalam penulisan lirik lagu, biskita bolehlah mempostkan kemahuan biskita di dalam blog ini atau menghantarkan no telefon biskita ke alamat email saya.

Semua sajak dan puisi saya ini boleh diubah kepada lirik lagu jika bersesuaian. Hasil tulisan saya ini adalah hasil tulisan saya sendiri dan tidak ada meniru atau menyalin semula dari mana-mana majalah, internet dan sebagainya. Ianya adalah tulisan asli yang telah saya hasilkan semenjak dari tahun 1998 sehinggalah tahun 2008.

Walaupun hasil tulisan saya ini masih banyak kelemahan dari segi susunan bahasa, bunga-bunga dan pengetahuan asas dalam penulisan sastera, tetapi yang penting hasil tulisan saya adalah datangnya dari naluri saya sendiri dan bukannya saduran dari mana-mana penerbitan dan juga penyiaran.

Ada beberapa puisi dan sajak saya telah saya hantar ke salah satu jabatan yang ada di Brunei ini untuk penyiaran di surat khabar dan telah dibayar royaliti. Jelaslah di sini, setiap tulisan yang telah kita hasilkan bukan hanya setakat minat kita yang amat mendalam dalam bidang penulisan tetapi juga ianya boleh memberikan kita rezeki hasil dari karya yang kita cipta sendiri. Asalkan kita melakukannya dengan keikhlasan, kejujuran dan kesungguhan, Insya-Allah Dia pasti akan menolong kita.

No comments: