Thursday, June 19, 2008

DRAMA FUYOO DI PELANGI FM

Dengarkanlah skrip drama radio 'Calon Menantu' yang Alia menangi dalam segmen DRAMA FUYOO pada bulan lepas di Pelangi fm pada isnin ini..23hb.Jun..Jam 4 ptg..Bersama dj Alif..

Jangan lupa untuk mengundi 4 skrip drama terbaik dari penyertaan-penyertaan yang terpilih pada isnin ini. Untuk pendengar yang telah sudi mengundi skrip drama Alia pada bulan lepas, Alia ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan semoga biskita akan dilimpahi seribu rahmat dari-Nya jua. Amin...

Wednesday, June 18, 2008

ILHAM YANG DATANG


Aku menulis bukan kerana terpaksa
Bukan juga kerana dibohongi rasa
Namun ku menulis adalah kerana cinta
Cintaku pada ilham yang datang
Justeru akan ku jadikan
Ilham yang ku miliki
Sebagai nadi perjuanganku
Di pentas yang kian mencabar waktu

Terima kasih Tuhan
Kerana telah menganugerahkan aku
Sesuatu yang membuatkan aku terlalu bersyukur
Di atas segala kurniaan-Mu
Telah Kau jadikan aku
Seorang insan yang bisa mengolahkan
Setiap detik dan waktu yang berlalu
Di dada setiap tulisanku

Namun...
Ku harapkan mata insan
Akan menghargai setiap tulisanku
Walau bagai kerdil di mata
Tetapi bukan kerdil di hati semua...

Alia Ms
17/06/08

Tuesday, June 17, 2008

MASIHKAH ADA CINTA

...Nadira masih menahan esak tangisnya. Dia seperti sudah tewas dengan perdebatan itu. Dapat dirasakannya kini bahawa dia juga tidak mampu untuk menipu diri sendiri. Perasaan cintanya pada Asrul benar-benar kuat. Telah cuba disembunyikannya jauh ke lubuk hati, namun dengan kekuatan cinta Asrul itu telah dapat menewaskan kebohongana dirinya. Nasrul Hakim menjadi kecut. Sebak hatinya menahan keperitan itu. Betapa disedarinya Nadira memang benar-benar menyintainya. Kalau hendak diikutkan rasa hatinya mahu sahaja dipeluknya tubuh yang lemah itu sekadar untuk meredakan sedikit kesedihan yang melanda bekas kekasihnya itu. Tetapi Nasrul Hakim masih beriman dan kerana iman jugalah yang mendesak hatinya untuk terus menjadikan Nadira sebagai isterinya yang sah. Tapi, hajatnya nampak tidak kesampaian. Nadira masih murung di situ. Langkahnya diatur menuju ke tempat letak kereta. Tanpa menoleh Nasrul Hakim yang ditinggalkannya di belakang, Nadira terus melencur laju pergi bersama Toyota Vios miliknya. Nasrul Hakim terasa sedih sekali ketika itu. Pujukkannya juga tidak berhasil. Namun, dia tidak akan berputus asa. Dia akan cuba untuk memujuk Nadira kerana dia percaya Nadira masih setia padanya...


MASIHKAH ADA CINTA

...Andainya masih ada cinta di hati, biarlah nafasnya akan terus bernadi di sini bersama hembusan bayu yang bertiup. Kerana ianya adalah lebih baik dari cinta yang bernafas di dalam keterpaksaan. Hanya menembah derita di dalam jiwa. Biarkan sahajalah hembusan sang bayu itu menjadi penawar rindu yang melara kerana ianya adalah lebih baik dari memaksa diri untuk terus bersama...

METERAI SEMARA

...Nadia, Betapa semara yang telah kita meteraikan ini telah menjadi nafas dalam hidupku. Maka tidak sesekali pun aku akan berhenti bernafas hanya kerana kekalutan yang kita sendiri tidak impikan. Namun, ku pohonkan semara telus darimu dan semoga aku akan selesa bernafas di dalam kekalutan ini...

PUISI BUAT BAPA

Semoga rohmu akan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman dan beramal soleh...Amin...
Al-fatihah....

MAHUKAN LIRIK LAGU?

Jika biskita memerlukan khidmat dalam penulisan lirik lagu, biskita bolehlah mempostkan kemahuan biskita di dalam blog ini atau menghantarkan no telefon biskita ke alamat email saya.

Semua sajak dan puisi saya ini boleh diubah kepada lirik lagu jika bersesuaian. Hasil tulisan saya ini adalah hasil tulisan saya sendiri dan tidak ada meniru atau menyalin semula dari mana-mana majalah, internet dan sebagainya. Ianya adalah tulisan asli yang telah saya hasilkan semenjak dari tahun 1998 sehinggalah tahun 2008.

Walaupun hasil tulisan saya ini masih banyak kelemahan dari segi susunan bahasa, bunga-bunga dan pengetahuan asas dalam penulisan sastera, tetapi yang penting hasil tulisan saya adalah datangnya dari naluri saya sendiri dan bukannya saduran dari mana-mana penerbitan dan juga penyiaran.

Ada beberapa puisi dan sajak saya telah saya hantar ke salah satu jabatan yang ada di Brunei ini untuk penyiaran di surat khabar dan telah dibayar royaliti. Jelaslah di sini, setiap tulisan yang telah kita hasilkan bukan hanya setakat minat kita yang amat mendalam dalam bidang penulisan tetapi juga ianya boleh memberikan kita rezeki hasil dari karya yang kita cipta sendiri. Asalkan kita melakukannya dengan keikhlasan, kejujuran dan kesungguhan, Insya-Allah Dia pasti akan menolong kita.