Monday, August 2, 2010

Luka yang tersisih

Kadangkala kelukaan itu bisa membuatkan aku kuat
kuat untuk meneruskan perjalanan
sekalipun jalanan itu penuh dengan likunya
tetapi kenyataannya hati ini tetap terluka
deras mengalir dan basah di jiwa yang hampir kuyup..

Entah! masihkah amarah ini berlarutan
sedang hati tetap setia menanti pesisir
dibelai buih-buih ombak harapan..

Atau akankh aku terusan mengusir kelukaan
kelukaan yang melukut
dan tapak-tapak ini
gagah memecah buih-buih kerinduan..

Alia ms
29hb Julai 2010 at 11:53pm

Wednesday, April 28, 2010

Drama Fuyoo

Alhamdulillah pada hari isnin lepas, skrip drama radio aku berjudul 'GARA-GARA KAMBANG - Part IV' telah terpilih sebagai pememang oleh para pendengar pelangi fm. Sayang sekali aku terlupa untuk mendengarkannya secara on air hari tu..tapi harap-harap bulan hadapan aku masih ingat untuk mendengarkannya bagi sedutan pemenang pada bulan ini.

Terima kasih aku ucapkan kepada para pengundi kerana sudi memilih skrip drama aku sebagai pilihan mereka untuk menmenangi sekmen drama fuyoo pada bulan ini. Hanya Tuhan sahaja yang akan dapat membalas jasa baik biskita semua. Amin!

Sunday, March 7, 2010

ISU SOSIAL PERLU DITANGANI SECARA BERSEPADU


Isu sosial bukan lagi merupakan satu isu yang jangal dalam perbualan masyarakat kita hari ini. Ianya sering sahaja menjadi perhatian dari semua pihak. Isu sebegini seharusnya kita berikan perhatian yang lebih kerana dengan melatanya gejala sosial ini akan menjadikan negara kita lebih terancam. Keamanan, kemajuan dan juga pembangunan negara sudah semestinya terletak pada kecerdesan, kemahiran dan kemampuan kita sebagai masyarakat yang dilindungi di bawah panji-panji negara. Jadi, kenapa kita tegar membiarkan gejala sosial yang akan mengancam negara kita terus melata di bumi Brunei Darussalam yang permai ini?.

Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang perihatin perlu meningkatkan usaha kita untuk menangani isu sosial ini secara bersepadu. Setiap individu perlulah memertabatkan keyakinan kita dan merealisasikan harapan kita sebagai masyarakat yang tidak camah mata untuk terus bersatu hati bagi membentras segala kegiatan sosial. Ini tidak kiralah gejala yang datangnya dari dalam atau luar rumah. Semuanya bergantung kepada kepintaran dan kesungguhan kita untuk menangani gejala sosial itu dari terus menjadi isu yang tiada berpenghujung.

Ke arah itu, pemimpin-pemimpin masyarakat, agensi-agensi kerajaan malahan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan haruslah kita berikan pujian pada kesungguhan dan kecekapan mereka bagi menangani isu sosial dari terus berleluasa. Kesederan yang mereka perlihatkan seperti melaksanakan pelbagai program dan strategi telah memberikan satu impak yang positif kepada masyarakat. Langkah seperti itu sangat relaven dan seharusnya perlu diperkembangkan dari masa ke semasa agar negara kita tidak akan tumbang dengan isu sosial yang akan mengancam negara kita. Sebagai ibubapa, bersamalah kita mendidik anak-anak kita ke arah kehidupan yang lebih terjamin dunia dan juga akhirat. Terapkanlah nilai-nilai keharmonian dalam rumah tangga agar ianya akan terpancar dan tiada lagi kemurungan yang bakal di bawa ke luar rumah sehingga mencetuskan gejala sosial. Kuatkanlah iman kita bagi menghindari diri kita dari melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah diri, keluarga dan juga negara.

Dalam kesulitan ekonomi keluarga pula, seharusnya kita lebihkan usaha kita untuk membanting tulang dan melipat gandakan usaha bagi menyara kehidupan berkeluarga. Memberikan asas pelajaran kepada anak-anak juga sebagai satu usaha untuk membela nasib keluarga di masa hadapan. Jika anak-anak berpelajaran dan berpengetahuan tidak mustahil isu kemiskinan dan gejala sosial akan luput di telan dek zaman.

Secara kesimpulannya, jika kita menerapkan asas-asas kehidupan dunia dan akhirat kepada diri, keluarga dan masyarakat kita sendiri, pasti isu sosial tidak akan timbul. Namun, ianya bergantung kepada keimanan seseorang itu. Jika keimanan kita masih utuh kepada Tuhan, nescaya kita akan mengurangkan beban kerajaan yang saban waktu mengalas masalah-masalah sosial yang kita sendiri bebankan. Seharusnya kita sebagai masyarakat umum perlu bekerja sama dan berganding bahu dengan agensi-sgensi kerajaan dan seumpamanya bagi menangani isu sosial ini dari terus melanda negara kita. Oraklah langkah dan kesungguhan kita dalam menangani isu sosial ini secara bersepadu bagi membela negara kita ini dari terus menerima ancaman yang lebih hebat.

TERIMALAH KEMBALI CINTAKU


Hujan berbisik tanpa kekalahan
di celah bisikkan bertafakur aku sendirian
mencari di mana letaknya cinta yang pernah ku julang
setelah aku temui kesedihan yang menikam-nikam
penderitaan yang membalun onak kehidupanku ini
baru ku tersedar akan cintaku yang telah hilang
baru ku terjaga dari lenaku yang panjang
entah betapa lagaknya keegoanku ketika itu
sehinggakan cinta yang pernah datang kepada-Mu
aku relakan terbiar hilang dan pergi menjauh
bersama rasa kejahilanku yang tinggi menggunung

Sebenarnya hati ini amat cinta kepada-Mu
rinduku ini hanya tersemat untuk-Mu
tidak pernah sedikit pun hati ini terdetik
mahu berpaling cinta dari-Mu
tidak pernah sekali pun keinginanku ini
untuk mendustai rasa cintaku pada-Mu
kerana aku sendiri mengerti dan memahami
hanya pada-Mu tersimpannya cinta yang hakiki

Namun kenapa tegarnya aku mungkiri
cintaku yang pernah datang pada-Mu?
kenapa dengan lagaknya aku khianati
rinduku yang pernah singgah pada-Mu?
Kenapa dengan mudahnya bagi diriku
merampas kembali cinta yang pernah ku serahkan?
kenapa telah aku biarkan cinta ini
menjauh dari kasih cinta sejati?
sedang hati ini tetap ingin memiliki
cinta hakiki dari-Mu!.

Tuhanku,
Engkau ampunilah segala dosa-dosaku yang telah terhimpun
berilah aku taufik dan juga hidayahmu kepadaku
suluhkanlah sinar dalam hidup sepiku
agar cahayanya akan terpancar di hati ini
kerana sesungguhnya aku tidak larat lagi
untuk terus merayap di dalam kegelapan hidupku
biarkan sahaja aku terus mendampingi-Mu
walaupun hanya di atas sejadah lusuh ini
akan ku terus sujud memohon keampunan dari-Mu
sekalipun di atas penderitaan yang tiada tertanggung ini
tetap akan ku tadahkan tanganku yang kerdil ini
untuk memohon rahmat dan petunjuk dari-Mu

Tuhanku yang maha agung,
kiranya aku terpaksa meredah segala ujian yang mencabar
berulam dengan seribu cubaan dan rintangan yang melata
akan ku redha dan menerimanya sahaja
segala dugaan dan cubaan dari-Mu, Ya Allah!
walau ku tahu teramat berat bagi diriku
untuk menghadapi penderitaan dan pembalasan-Mu
di pentas dunia yang kian mencabar ini
walau ku tahu terlalu payah bagi diriku
untuk menepis segala dugaan yang mencabar
kerana sungguh aku percaya semuanya itu
pasti dapat menghapus segala dosa-dosaku
seandainya ketelusan hatiku ini Engkau terima
dengan penuh kerelaan dan keampunan dari-Mu jua

Namun,
akan ku cuba untuk mengusai warna kehidupanku
akan ku cuba lalui perjalanan di pentas dunia ini
dengan seribu rahmat dari-Mu
moga setiap inci perjalanan yang ku lalui nanti
tiada halangan dan rintangan yang menghalang
biarlah perjalananku selepas ini
akan aku temui penghijrahan yang hakiki
kerana hijrah yang aku dambakan ini
adalah jalan menuju ke alam syurga-Mu

Walaupun sebenarnya di benak hati ini
dapat aku rasakan sedalam-dalamnya
ketidaklayakkanku untuk menikmati alam syurga-Mu
ketidakpastianku untuk meniti seratus tingkat syurga-Mu
sehingga Engkau telah sudi
untuk mengampuni segala dosa-dosaku
sehingga Engkau telah rela
memberikan aku peluang walau sedikit cuma
untuk aku terus bertaubat dan memohon keampunan dari-Mu
sungguh aku percaya akan aku diusir dan dihalau pergi
memasuki tujuh pintu neraka yang telah Engkau janjikan
untuk penghuni-penghuni neraka yang dizalami

Ampunilah aku wahai Tuhanku
Tidak terlarat lagi untuk aku meratah dosa-dosa ini
Sehingga Engkau menerima taubat dan sesalanku ini
walau aku tahu seluas lautan pun airmata ini
tertumpahnya membasahi bumi yang sarat ini
walau berulam doa sering ku panjatkan
di kala tafakur dan sujudku ini
namun tidak akan mampu menghapus segala dosa-dosaku
tidak akan mampu membawaku masuk ke alam syurga-Mu

Justeru ku pohonkan semara telus dari-Mu
tapakkanlah sisa-sisa keampunan dari-Mu
terimalah kembali cinta dan rinduku ini
walaupun sekadar melukut di tepian kasihmu
sekadar mengintai-ngintai di birai pengampunan-Mu cuma
sungguh aku merelakan semuanya itu
kerana aku sangat mengharapkan hidayah-Mu
untuk aku menghapus segala dosa-dosaku
lantaran ketidaksanggupanku
untuk berada di alam penyiksaan-Mu
Engkau terimalah taubatku ini, Ya Allah!
terimalah aku menjadi ahli syurga-Mu
setelah Engkau sudi menerima kembali
cinta dan rinduku yang telah lama hilang.

Thursday, November 19, 2009

MASIHKAH ADA CINTA


Semalam, baruku tau cerpen yang sudah lama ku hantar arah blog penilisan 2u atu kana keluarkan sudah..khamis 01 Januari 2009 sudah..nyaman jua hati membaca komen dari pembaca atu...well, akan ku perbaiki lagi penulisanku agar garapan akan lebih cantik...! hehe..so apa komen u all?.

Kalau sudi membaca...sila click => MASIHKAH ADA CINTA

Wednesday, August 20, 2008

Thursday, June 19, 2008

DRAMA FUYOO DI PELANGI FM

Dengarkanlah skrip drama radio 'Calon Menantu' yang Alia menangi dalam segmen DRAMA FUYOO pada bulan lepas di Pelangi fm pada isnin ini..23hb.Jun..Jam 4 ptg..Bersama dj Alif..

Jangan lupa untuk mengundi 4 skrip drama terbaik dari penyertaan-penyertaan yang terpilih pada isnin ini. Untuk pendengar yang telah sudi mengundi skrip drama Alia pada bulan lepas, Alia ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan semoga biskita akan dilimpahi seribu rahmat dari-Nya jua. Amin...